ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR


Adakah anda tahu apa itu alat berfikir? Apakah kegunaannya? Bagaimana alat tersebut digunakan?





Tidak tahu? πŸ’ Saya juga. πŸ˜‚
Oleh itu, marilah sama-sama kita terokai apa itu alat berfikir. πŸ˜†



  • APA ITU ALAT BERFIKIR?

Alat berfikir merupakan alat yang dapat diaplikasikan oleh pelajar daripada pelbagai peringkat umur dalam membuat nota untuk pelbagai subjek atau kursus yang dipelajari. Melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai, penguasaan pelajar terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan. Contoh alat berfikir yang biasa diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pengurusan grafik, peta minda dan Pemetaan i-THINK.😊

  • APAKAH FUNGSI ALAT BERFIKIR?

Alat berfikir secara spesifiknya berfungsi untuk membantu pelajar mengimbas kembali maklumat berkaitan sesuatu topik yang dibuat dan digunakan untuk membantu menggabungkan maklumat-maklumat baru yang diperoleh. 

Manakala, secara umumnya berfungsi untuk membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran berfikir, menyampaikan idea dengan lebih baik (tersusun, jelas dan mudah difahami) serta membantu pelajar mengingati maklumat dengan lebih mudah jika disusun dalam satu corak yang sistematik dan menunjukkan perkaitanan dengan topik. 



Jadi, itulah yang dimaksudkan dengan alat berfikir. 😊


Jelas? πŸ‘



 Alat berfikir yang manakah saya pilih? 
Mari kita lihat dengan lebih lanjut. πŸ‘€


Pemetaan i-Think


  • iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
  • Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran


Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
iThink circle map peta bulatan


2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
iThink bubble map peta Buih


3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
iThink Double bubble map peta Buih Berganda


4. Tree Map (Peta Pokok) 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
iThink Tree map peta Pokok


5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
iThink brace map peta dakap



6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
i-THINK Flow Map Peta Alir


7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
i-THINK Multi flow Map Peta Pelbagai Alir


8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.


Itulah alat berfikir yang saya pilih. Menarikkan? 😲Marilah kita aplikasikannya dalam pembelajaran. 






Taip...taip...taip dan terus menaip. πŸ‘―







No comments:

Post a Comment